Monday, July 26, 2010

“ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DARI SIDANG EDITOR SOUTUL MUSOLLA “ رمضان كريم



IBADAT PUASA:
" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al-Baqarah:183

PENGERTIAN PUASA

Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
SYARAT WAJIB PUASA
Berakal
Akhir Baligh (Cukup umur)
Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA

Islam
Mumayyiz
Suci daripada haid dan nifas
Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
RUKUN PUASA
Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Makan dan minum dengan sengaja
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
Keluar darah haid atau nifas
Gila
Keluar mani

Kenali tokoh anda : IMAM AS-SYAFIE

a.Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris.
b.Beliau digelar "As-Syafie" sempena nama datuknya, Syafie bin Saib.
c.Imam Al-Syafie dilahirkan pada tahun 150 Hijrah bersamaan dengan 767Masihi di Ghazzah, Palestin.
d.Beliau berasal dari keturunan Rasulullah s.a.w. pada sebelah datuknya,Abdul Manaf (datuk ketiga Nabi Muhammad s.a.w. adalah datuk kesembilan
e.Imam as-Syafie adalah seorang imam mazhab yang empat, iaitu pengasas "Mazhab
Syafie".
f.Imam as-Syafie meninggal dunia pada tahun 204 Hijrah ketika berumur 54 tahun

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN……….



Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Ramadan datang lagi….Maka bersiaplah kita untuk meyahut cabaran yang dibentangkan Allah.Kerana di dalam Ramadhan terdapatnya malam Lailatul Qadr iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Antara doa di malam Lailatul Qadar
Wahai Tuhan kami,
Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan peliharalah kami dan siksa neraka

Tahukah anda???

3 peristiwa penting di BULAN SYAABAN:
1.Malam nisfu syaaban

2. Penukaran arah kiblat dari masjidil aqsa ke kaabah

3. Peperangan Bani Mustaliq pada tahun 5H yang membawa kepada pernikahan Rasulullah dengan Juwairiyah (keturunan Bani Mustaliq) Seterusnya ramai dari kalangan Bani Mustaliq memeluk Islam.



 Di antara amalannya adalah : 
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan syaaban dan tiga hari pada pertengahan syaaban dan tiga hari pada akhir syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid." 
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
iii. Bertaubat 
iv. Meraikan malam 15 syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.


Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan


Peritiwa di Bulan Ramadhan
1.BULAN DITURUNKAN AL QURAN
2.PERISTIWA BADAR
3.ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH
4.PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK
5.ISLAM SAMPAI KE YAMAN
6.KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA
7.PENYERAHAN BANDAR TAIF
8.PEMBUKAAN ANDALUS
Bilakah berlakunya Lailatul Qadar?
 1.Ibn Hazm mengatakan bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.
2.Jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan

BeRlalu SuDaH RejaB


Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..”
Rejab bermaksud ta’azim ( kebesaran, keagungan dan kemuliaan ) kerana ALLAH S.W.T. akan melimpahkan rahmat dan kemurahan-NYA.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
Bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah
bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas.
Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.
Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.
Walaupun Rejab telah berlalu,namun masih banyak ruang untuk beribadah….Perisapkanlah diri kita untuk Ramadhan.
Selangkah kita dekat kepada Allah,lebih dekat Allah dengan kita.Jadi,berusahalah merebut peluang yang Allah TAala sediakan buat kita di bulan Syaaban dan Ramadan

Sunday, July 25, 2010

CeraMaH Isra' & MikRaj


Bermula jam 10.30 pagi, satu ceramah Isra' & MikRaj telah diadakan pada 16 Julai 2010 bertempat di Kantin SK Jejawi. Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Sobri Bin Abd Ghafar. Ceramah ini berkisar tentang makna isra' dan mikrajdan beberapa isi penting yang lain.ceramah ini berjalan lancar atas kerjasama daripada guru2 & murid SKJ..